| Seksyen Arkib Digital - Unit Peralihan Data
- Merancang dan merangka dasar, standard, prosedur dan garis panduan pemeliharaan koleksi bahan arkib dalam bentuk digital;
- Mengkaji dan menentukan kaedah dan spesifikasi bagi peralihan data;
- Merancang dan melaksanakan program pemeliharaan bahan arkib dalam bentuk digital;
- Mengenal pasti jenis dan koleksi bahan arkib yang perlu dibuat peralihan data;
- Merancang, melaksanakan dan memantau projek-projek peralihan data bagi koleksi bahan terpilih untuk golongan sasaran tertentu;
- Memberi khidmat kepakaran kepada pejabat awam dalam bidang pendigitilan rekod dan bahan arkib;
- Melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian bahan yang telah dibuat pendigitilan;
- Merancang dan melaksanakan pemeliharaan secara berterusan (Active Preservation) bahan arkib dalam Archival Management System;
- Merancang dan melaksanakan capaian bahan arkib dalam Archival Management System;
- Merancang dan menguruskan pentadbiran sistem aplikasi Archival Management System; dan
- Merancang dan menguruskan penerimaan dan pemindahan rekod digital dari Sistem Legacy (bukan ERMS).
- Unit Pemeliharaan
- Merancang dan merangka dasar, standard, prosedur dan garis panduan pemeliharaan koleksi bahan arkib dalam bentuk digital;
- Merancang dan melaksanakan program pemeliharaan bahan arkib dalam bentuk digital;
- Merancang dan melaksanakan pemeliharaan secara berterusan (Active Preservation) bahan arkib dalam Archival Management System;
- Merancang dan melaksanakan capaian bahan arkib dalam Archival Management System; dan
- Merancang dan menguruskan pentadbiran sistem aplikasi Archival Management System.
- Unit Khidmat Sokongan
- Mengendalikan hal ehwal pentadbiran (cuti, surat-menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya) Seksyen;
- Mengendalikan urusan kewangan (buku vot, pesanan kerajaan, penyediaan cadangan bajet) Seksyen;
- Menguruskan registri di peringkat Seksyen; dan
- Menyelaraskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen.
|