Bahagian Pengurusan Arkib Bahagian Pengurusan Arkib

Bahagian Pengurusan Arkib bertanggungjawab melaksanakan fungsi berikut:
  • Meningkatkan koleksi bahan arkib yang terdiri daripada bahan pandang dengar dan arkib persendirian;
  • Menerima bahan arkib dengan menadaftar di dalam sistem Computerised Archival System and Services (COMPASS) dan Archival Management System (AMS);
  • Memelihara bahan arkib pandang dengar dengan melaksanakan pengurusan gedung khusus untuk bahan pandang dengar, serta memelihara bahan arkib digital dalam sistem AMS.
  • Memulihara bahan- bahan arkib fizikal dengan pelbagai kaedah dan teknik restorasi;
  • Memberi perkhidmatan serta kemudahan rujukan dan akses untuk bahan arkib pandang dengar, dan bahan arkib digital.
 
Fungsi tersebut dilaksanakan oleh empat (4) seksyen iaitu Seksyen Arkib Pandang DengarSeksyen Perolehan Arkib PersendirianSeksyen Arkib Digital dan Seksyen Pemeliharaan dan ReprografiUntuk melaksanakan fungsi tersebut Bahagian ini mempunyai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang terdiri daripada Pengurusan dan Profesional seramai 17 orang dan Kakitangan Sokongan 52 orang.

 

Objektif

Objektif Bahagian ini adalah untuk menambah bilangan bahan - bahan yang bernilai sejarah dan kebangsaan daripada sumber rasmi (bahan pandang dengar) dan bahan persendirian di dalam simpanan Arkib Negara Malaysia supaya dapat dipelihara untuk rujukan akan datang. Selain itu, memastikan bahan arkib dalam simpanan terus terjaga dan dapat bertahan lama untuk membolehkan ianya dirujuk pada bila - bila masa. Memastikan bahan arkib pandang dengar dan arkib digital mudah dirujuk melalui teknologi moden.