Bengkel Pemuliharaan  Rekod Selepas Bencana Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana

 « Kembali

BENGKEL PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA

Pengenalan
Kursus ini bertujuan untuk memberi perhatian kepada penjawat awam akan kepentingan  keselamatan rekod-rekod penting Negara.  Di atas kesedaran itu Arkib Negara bertanggungjawab untuk mengganjurkan Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana bagi memastikan rekod-rekod yang terlibat bencana dapat diselamatkan.  Bencana adalah suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada urusan negara dan melibatkan kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh. Para peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara asas konsep dan kaedah pemuliharaan rekod selepas bencana bagi memelihara rekod awam dari sebarang kerosakan, kemusnahan dan kehilangan

 

OBJEKTIF KURSUS

Para peserta kursus akan mengetahui dan memahami asas-asas pemuliharaan rekod selepas menghadapi bencana:

  1. Memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan rekod-rekod kerajaan selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.  5/2007;
  2. Meningkatkan pengetahuan dalam menyelamatkan rekod selepas bencana

 

PROGRAM KURSUS


Modul 1 : Persediaan menghadapi bencana

  • Persediaan dan pencegahan sebelum dan selepas bencana.
  • Penyediaan panduan dan peraturan.
  • Penyediaan kemudahan dan peralatan keselamatan

Modul 2 : Konsep Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana

  • Mengenalpasti kerosakan rekod
  • Peralatan dan bekalan yang diperlukan
  • Teknik Pemuliharaan Rekod

Modul 3: Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana (amali)

  • Mengenalpasti tahap kerosakan
  • Penyediaan bahan kerja dan peralatan
  • Kaedah pemuliharaan


Mukasurat: 1  2