Berita Berita

«Kembali

Pameran 'Tun Dr. Mahathir Bapa Pemodenan' Sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan pada 18 - 20 Disember 2012, dan   Malam Gala Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan pada 19 Disember 2012 bertempat di Putra World Trade Center (PWCT, Kuala Lumpur). Majlis Konvensyen ini adalah anjuran Majlis Profesor Negara, Kementerian Pengajian Tinggi.

Bersempena program tersebut, Jabatan Arkib Negara Malaysia melalui Galeria Sri Perdana dan Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan telah mengadakan pameran bertajuk ‘Tun Dr. Mahathir Bapa Pemodenan'  di ruang legar utama, PWTC.

Pameran yang diadakan adalah mengenai pencapaian dan kejayaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4. Pameran ini telah menarik minat kira – kira 580 orang pelawat . Selain itu, jualan cenderamata berkaitan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah diadakan.

 

1           Pameran ‘Tun Dr. Mahathir Bapa Pemodenan' diruang legar PWTC.
     
Jualan Cenderamata oleh petugas pameran di ruang legar PWTC.     2

 


Mukasurat: 1  2  3