Berita Berita

Program Semarak Rukun Negara, Kelab Rukun Negara Daerah Petaling 2013

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka, Arkib Negara Malaysia telah menerima lawatan daripada sekolah di sekitar daerah Petaling Jaya dan Petaling Perdana pada 4 Julai 2013. Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Petaling ini telah melibatkan seramai 85 orang pelajar yang terdiri daripada para pelajar tingkatan empat dan lima, dengan diiringi oleh 6 orang guru 5 orang para pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrisi Nasional Daerah Petaling Jaya

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara serta memupuk semangat patriotik dalam diri para pelajar.

Taklimat ringkas mengenai sejarah Arkib Negara Malaysia dan Penubuhan Memorial Pengisyiharan Kemerdekaan telah disampaikan oleh En. Datu Royniehasim Bin Datu Pindatun, Pengurus Memorial Pegisytiharan Kemerdekaan. Selain itu, antara aktiviti yang telah diadakan adalah menyusun puzzle tokoh kemerdekaan, soduku dan soalan teka silang.

Para pelajar sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Datu Royniehasim Bin Datu Pindatun, Pengurus Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Para pelajar sedang berusaha mencantumkan Puzzle Tokoh Kemerdekaan secara berkumpulan di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Para Pelajar sedang bekerjasama untuk menyelesaikan soalan Soduku yang diberikan di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdean Melaka


Mukasurat: 1  2