Bukit Puteri Bukit Puteri

Genta yang beratnya 175 kilogram ini diperbuat daripada tembaga kuning oleh seorang tukang bernama Wan Ali Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang lain dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya, Kuala Terengganu.

Tujuan diadakan genta ini ialah untuk memasyhurkan atau mengkhabarkan kepada orang ramai tentang kegemparan yang berlaku di dalam negeri seperti musuh datang melanggar, kebakaran dan lain-lain.  Genta ini dipalu dengan kuat apabila terjadi sebarang kegemparan bagi membolehkan rakyat jelata bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

Kini Bukit Puteri masih tersergam berdiri di samping Istana Maziah di sisi; menyimpan pelbagai rahsia sejarah silam; dan peri kebesaran sebuah Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.  Selain itu, Bukit Puteri menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan di Terengganu dan ia diletakkan dibawah penjagaan Muzium Negeri.

Mukasurat: 1  2