Datin Hajah Rosnani Jamil Datin Hajah Rosnani Jamil


 
  Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1936 di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Mula melibatkan diri dalam dunia Perfileman Melayu di Singapura pada tahun 1952 sebagai pelakon. Filem pertamanya ialah Lupa Daratan. Di antara filem-filem lakonan beliau adalah seperti berikut :
 
1.Lupa Daratan
MFP
1952
2. Sedarah
"
"
3. Miskin
"
"
4. Air Mata
"
1953
5. Cemburu
"
"
6. Ibu
"
"
7. Gelora Hidup
"
1954
8. Pawang
"
"
9. Ribut
"
1955
10. Adikku
"
1956
11. Anakku Sazali
"
"
12. Masyarakat
"
1958
13. Raja Laksemana Bintan
"
1959
14. Lela Manja
"
"
15.Samseng
"
"
16.Playboy
C/KERIS
1960
17.Yatim Mustafa
"
"
18.Seri Mersing
"
"
19.Hang Jebat
"
1961
20. Gerhana
MFP
1962
21. Hulubalang Daik
"
"
22. Kasih Tanpa Sayang
"
1963
23. Kaca Permata
"
1966
24. Anak Buluh Betong
"
1966
25. Lain Jalan ke harga
MERDEKA
1967
26. Jasmin
KAY FILEM
1984
27. Suara Kekasih
AMIRCOM
1987
28. Antara Dua Hati
RJ FILEM
1988
29. Sumpah Mahsuri
MAHSURI
1989
30. Azizah
FUEGO
1992
    
    Beliau juga berlakon di dalam drama untuk Televisyen Singapura, RTM, drama swasta dan drama radio, memasukkan suara (dubbing) ke filem asing, malah boleh dikatakan sebagai perintis pasukan memasukkan suara untuk RTM. Mengambil kursus diploma di bidang make-up dan kecantikan di London pada tahun 1973-1974, di samping itu mengambil kursus jangka pendek di bidang Television Production And Direction Di Television & Filem Academy Of London.

        
   Mula melibatkan diri dengan mengarah drama swasta untuk TV dengan menggunakan filem 16mm cerita berjudul ‘Kabus Di Tengah Kota' sebanyak dua episod, lakonan Uji Rashid (1986). Selain itu juga, beliau turut mengarah filem cereka ‘Mawar Merah' lakonan Mustapha Nur dan Raja Ema. Kemudian filem ‘Antara Dua Hati' yang diarah dan dilakonkannya sekali. Pada awal tahun 1990, beliau terlibat dalam mengarahkan drama swasta TV cerita ‘Lagenda Bawang Putih Bawang Merah' dan beberapa lagi untuk terbitan televisyen.

  Beliau turut berlakon dalam filem ‘Sumpah Mahsuri' arahan Jamil Sulong pada tahun 1989 dan mengarahkan filem ‘Memory' tahun 1991, terbitan syarikatnya sendiri, RJ Filem.

  Anugerah dan hadiah yang diterima ialah :
  1. Pelakon Wanita Terbaik Filem ‘Jasmin' di Pesta Filem Malaysia ke-5, 1984
  2. Pemenang award untuk filem arahannya ‘Mawar Merah' dalam Pesta Filem Malaysia ke-7 di Melaka (1987).
  3. Pemenang Hadiah Juri di Pesta Filem Asia Pasifik di Phuket Thailand untuk filem arahannya. ‘Antara Dua Hati' (1988)
  4. Calon Wanita Cemerlang anjuran Avon Cosmetic International 1989
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
30 Mei 1992
Arkib Negara Malaysia