LAMAN KENALI TOKOH LAMAN KENALI TOKOH

 

Timbalan Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Puan P.G. Lim mengiringi DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail semasa Baginda melawat Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pada 23 Februari 1965.

Timbalan Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Puan P.G. Lim bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa menyaksikan Pameran Seni Hiasan Moden Jepun di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 15 November 1965.

Puan P.G. Lim, menerima surat perlantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Belgium daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 11 Febuari 1977.

Puan P.G. Lim mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan selepas beliau merasmikan pembukaan Pameran Seni Lukis Malaysia di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada 29hb. Jun 1965.

Pengerusi Lembaga Amanah, Professor Ungku Aziz Dan Timbalan Pengerusi, Puan P.G. Lim, menerima bagi pihak Balai Seni Lukis Negara, sebuah lukisan tembikar yang dihadiahkan oleh Kementerian Luar Jepun tang disampaikan oleh Tan Sri Fumihiko Kai di Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur pada 15.8.1967.

Puan Yang Terutama P. G. Lim, Bekas Duta Besar Malaysia ke Belgium dan Perutusan Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Eropah, beramah mesra dengan DYMM Yang DiPertuan Agong sewaktu beliau mengadap Baginda di Istana Negara pada 16.1.1980.

Mukasurat: 1  2  3