Dato Seri Abdullah Bin Ahmad Dato Seri Abdullah Bin Ahmad

  Dilahirkan di Kampung Bandar, Machang, Kelantan pada 14 Julai 1937. Tan Sri Abdullah Ahmad mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, MARA, Cambridge dan Harvard. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Majlis Tertinggi UMNO, seorang ahli korporat dan bekas Duta Khas Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari November 1976 hingga Julai 1981. Dalam tahun 2001, beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar-akhbar dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Penerbitan New Straits Times. Tan Sri Abdullah dilucutkan jawatan pada 20 November 2003 oleh pihak berkuasa kerana penulisannya yang tidak disenangi kerajaan.

  Pada Januari 2005, Tan Sri Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Politik dan Ekonomi (IKAPE). Buku-buku yang telah diterbitkan oleh beliau:

  • Tengku Abdul Rahman's Foreign Policy 1957-1970 (Berita Publication)
  • Issues in Malaysian Politics (Singapore Foreign Affairs Forum)
  • The Diarist (Times Editions-Marshall Cavendish)
  • Pandangan Dari Tudor City New York (Time Editions-Marshall Cavendish).
  • Note From The United Nations (Time Editions-Marshall Cavendish).

 

Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar
31 Mac 2005
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak