Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said) Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)

   Di samping itu, Abdul Samad juga memperlihatkan kekuatan beliau dalam puisi menerusi Antalogi Liar di Api, Benih Harapan, Daun Semalu Pucuk Paku, Benih Semalu dan Balada Hilang Peta. Pencapaian dan sumbangan Abdul Samad telah mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan dilantik sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera Negara pada tahun 1979. Pada tahun yang sama, beliau juga dianugerahkan South East Asia (SEA) Write Award. Kemuncak pencapaian Abdul Samad adalah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara melalui Anugerah Sastera Negara pada tahun 1985. Kini beliau terus aktif sebagai pejuang bahasa yang sentiasa cuba memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati dan disanjung tinggi.

Mukasurat: 1  2