Datuk Aziz Sattar Datuk Aziz Sattar

                                                                       Datuk Abdul Aziz Sattar

                                                                    

 

Kehidupan Peribadi       
Nama   Abdul Aziz bin Sattar
Tarikh Lahir   8 Ogos 1925
Tempat Lahir   Surabaya, Indonesia
Keluarga   Merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik beradik.
Beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata hasil daripada lima perkahwinannya.
     
Pendidikan   Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura
     
Kerjaya   Pelakon Pengarah, Penyanyi dan Penulis Skrip
     
Anugerah / Darjah Kebesaran   Pelakon Komedi Kesukaan Ramai Akhbar dan Majalah di Singapura (1960)
    Filem Komedi Terbaik (Penyamun Tarbus) di Festival Filem Malaysia ke - 2 (1981)
    Ahli Mangku Negara (1990)
    Anugerah Seniman Veteran Lelaki di Anugerah Bintang Popular (2000)
    Anugerah Artis Sepanjang Zaman (Lelaki) di Festival Filem Malaysia ke - 25 (2003)
    Tokoh Budaya Koleh Burhanuddin Helmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2011)
    Darjah Panglima Jasa Negara (PJN)(2007)
     
Meninggal Dunia    
Tarikh Meninggal   6 Mei 2014
Tempat Meninggal   Hospital KPJ Kajang
Sebab - Sebab   Sakit Jantung
Tempat Dikebumi   Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana

 

Maklumat Tambahan

Filem Putus Harapan merupakan filem pertama lakonan Allahyarham pada tahun 1953 diikuti dengan filem Arjuna (1954), Bujang Lapok (1957-1961) dan Aksi Kucing (1966). Selain berlakon, Allahyarham juga aktif dalam bidang nyanyian bersama dengan Kumpulan Pancasitara yang turut dianggotai oleh Allahyarham P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor di awal tahun 1950an. Allahyarham juga berwibawa sebagai penulis skrip dan Pengarah filem Melayu. Allahyarham telah mengarah lebih daripada 10 buah filem antaranya Keluarga Comat (1975), Si Badol (1979), Penyamun Tarbus (penulis skrip dan pengarah) dan Da Di Du (Penulis skrip dan pengarah pada 1981).

 

Mukasurat: 1  2  3