Datuk Sudirman Haji Arshad Datuk Sudirman Haji Arshad

 

1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Sudirman bin Hj Arshad
  Tarikh Lahir : 25 Mei 1954
  Tempat Lahir : Temerloh, Pahang
       
2. Pendidikan : Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh
      Sekolah Rendah Abu Bakar, Mentakab
      (1963 - 1968)
      Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh
      (1969 - 1971)
      Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan
      (1972 - 1975)
      Universiti Malaya (Fakulti Undang - Undang)
      (1976(
       
3. Kerjaya : Peguam, Pelakon, Kartunis, Penulis dan Usahawan
       
4. Sumbangan : - Mewakili Malaysia menyertai World ABU Song
        Contest di Singapura (1985)
      - Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia (1986)
      - Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi,
        Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)
       
5. Anugerah / Darjah : - Juara Bintang RTM (1976)
  Kebesaran   - Penghibur Terbaik TV di Anugerah Seri
        Angkasa (1978, 1985)
      - Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia (1986)
        (Lagu To Know Malaysia Is To Love Malaysia 
         menjadi lagu tema semasa Kempen Tahun
         Melawat Malaysia)
      - Anugerah Bintang Cemerlang (1987)
      - Pingat Ahli Mangku Negara (1988)
      - Anugerah Bintang Popular (1989)
      - Asia's Number One Performer (1989)
        (SALEEM Asian Music Award, di Royal Albert
         Hall, London)
      - Malaysia's Guiness Stout Effort Award (1989)
      - Pingat Ahli Mahkota Pahang (1992)
      - Darjah Johan Mangku Negara (1992)
      - Malaysia's No. 1 Entertainer (NST) (1993)
      - Anugerah Industri Muzik (1993)
      - Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (2009)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 22 Februari 1992
  Tempat Meninggal : Bangsar, Kuala Lumpur
  Sebab - sebab : Radang Paru - Paru
  Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Kg Chengal, Temerloh
       
7. Maklumat Tambahan    

Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad yang mendapat jolokan sebagai “The Singing Lawyer’, menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang berjaya memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu pada 15 April 1986. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road”. Allahyarham juga merupakan penyanyi dari Malaysia yang pertama dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia di Asian Popular Music Award yang berlangsung di Albert Hall, London. Selain sebagai Penghibur, Allahyarham juga berbakat dalam penulisan. Allahyarham memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anugerah ini diterima selepas beliau meninggal dunia. Allahyarham juga menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu dan sebagai Residen Writer di Kumpulan Karangkraf. Beliau menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Dalam dunia lakunan pula, Allahyarham pernah memegang waktu utama sebagai Tookoo dalam filem muzikal KAMI pada 1983.

Mukasurat: 1  2  3