Datuk Syed Ahmad Bin Syed Jamal Datuk Syed Ahmad Bin Syed Jamal

Datuk Syed Ahmad Bin Syed Jamal

 

1. Maklumat Peribadi    
  i.  Nama : Syed Ahmad bin Syed Jamal
  ii. Tarikh Lahir : 19 September 1929
  iii. Tempat Lahir : Muar, Johor
  iv. Keluarga : Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Mohd 
      Noor dan dikurniakan dua orang anak lelaki
       
2. Pendidikan : Sekolah Tambatan Rendah
      Sekolah Tambatan Tinggi
      Ngee Heng English School
      Bukit Zahrah English School
      English College, Johor Bahru
      Birmingham School of Architecture
      Chelsea School of Art, London
      Institute of Education, University of London
      School of Art Institute of Chicago Illinois,
      Amerika Syarikat
      University of Hawaii
       
3. Kerjaya : Guru
      (High School, batu Pahat, Johor: 1956 - 1957)
      Pensyarah
      (Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur - 1957)
      Ketua Jabatan Pendidikan Seni
      (Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras : 1961 - 1963)
      Pengetua
      (Maktab Perguruan Ilmu Khas)
      Pengarah Balai Seni Lukis Negara (1983 - 1991)
       
4. Sumbangan : Mengadakan pameran solo hasil karya beliau. Antara
      tema pamerannya ialah "Antara Langit dan Bumi", "Ruang"
      dan "On & Off King's Road"
       
5. Anugerah / Darjah : Indian Council for Cultural Relations 1962
  Kebesaran   United State Department Award 1963-1964
      Ahli Mangku Negara (1969)
      Alliance Francaise Medallion (1970)
      East-West Centre Award (1973)
      Kesatria Mangku Negara (1983)
      Australia Cultural Award (1984)
      Cultural Award (Visual Art) (1987)
      Anugerah Seni Negara (1995)
      Panglima Jasa Negara (1996)
      Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti 
      Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2005)
      Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala
      Lumpur (2008 - 2009)
       
6. Meninggal Dunia :  
  i.  Tarikh Meninggal : 30 Julai 2011
  ii. Tempat Meninggal : Gombak, Selangor
  iii. Sebab - Sebab : -
  iv. Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu
      Gombak
       
7. Maklumat Tambahan :  
       

Allahyarham Datuk Syed Ahmad berkarya gaya Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai “Catan Non Objektif” melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas

Mukasurat: 1  2  3