Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan

Duke dan Duchess of Gloucester serta Prince William yang mewakili Baginda Queen Elizabeth II ke Upacara Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tiba di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1957. Duke of Gloucester mewakili Baginda Queen untuk menyampaikan Watikah Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Ketibaan tetamu Diraja Britain ini disambut oleh para pegawai Inggeris, Raja-raja Melayu serta lebih 1,000 orang yang menanti ketibaan rombongan ini di Lapangan Terbang Kuala Lumpur termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra, bakal Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka.

 

Duke dan Duchess of Gloucester tiba di Stadium Merdeka untuk Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.