e-Pelupusan e-Pelupusan

APAKAH e-PELUPUSAN ?

e-Pelupusan ialah satu aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan pejabat awam di dalam pelaksanaan pelupusan rekod. Ia hanya digunakan bagi permohonan pelupusan untuk jumlah rekod yang kecil iaitu di bawah 250 unit fail.

Aplikasi ini menyediakan senarai rekod mengikut format dalam Arkib 5/08 Borang Permohonan Bagi Pelupusan Fail yang tidak dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod. Borang permohonan pelupusan boleh dihantar ke Arkib Negara Malaysia (ANM) secara dalam talian dan kelulusan permohonan juga dimajukan secara dalam talian.

Pejabat awam perlu memohon kata laluan dan ID daripada ANM untuk muat turun aplikasi melalui portal http://www.arkib.gov.my.

 

FAEDAH e-PELUPUSAN

Dengan adanya kemudahan perkhidmatan ini, pejabat awam akan dapat :

  • menjimatkan penggunaan kertas kerana tidak lagi perlu mencetak senarai rekod yang hendak dilupuskan.
  • merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan ICT Hijau di mana kerajaan berhasrat untuk mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 70% menjelang tahun 2012 dan 90% menjelang tahun 2015.
  • masa dapat dijimatkan kerana tidak perlu lagi :

                                                        - menghantar borang secara manual
                                                        - menaip semula senarai rekod yang perlu dipindahkan ke ANM dalam borang Arkib 11/ 08
                                                          Permohonan Bagi Pemindahan Rekod Awam

 

TATACARA PENGGUNAAN e-PELUPUSAN

Pejabat awam yang hendak menggunakan aplikasi e-Pelupusan hendaklah mendapatkan ID pengguna dan Kata laluan bagi memuat turun aplikasi dengan menghubungi Arkib Negara Malaysia melalui email: spr@arkib.gov.my atau surat rasmi.

 

Sistem e-Pelupusan

Manual Penggunaan Sistem e-Pelupusan