Encik Awang Bin Salleh Encik Awang Bin Salleh

 
MN 205 CPOSM (B) AWANG BIN SALLEH
 
1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Awang bin Salleh
  Tarikh Lahir : 23 Februari 1921
  Tempat Lahir : Kampung Lubuk Bankong, Temerloh, Pahang
       
2. Pendidikan : Sekolah Melayu (sehingga darjah empat)
      Sekolah Inggeris (sehingga standard seven)
       
3. Kerjaya : Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia
       
4. Sumbangan : Pengiring Penaik bendera Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
       
5. Anugerah / Darjah Kebesaran : Tiada
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 17 Disember 2001
  Tempat Meninggal : Hospital Mentakab Pahang
  Sebab - Sebab : Ugib Secondary Pud With Septlaemia
  Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam
      Kg Lubok Serdang, Mentakab, Pahang
       
7. Maklumat Tambahan    
       

Memulakan perkhidmatan dengan Pasukan Malay Navy mulai 10.12.1940. Diserapkan ke Cawangan Telegraphist dan bertugas di atas kapal HMS SCORPION. Pada akhir tahun 1941, beliau telah ditugaskan di HMS KELANTAN sebagai Wireless Operator. Beliau telah berlayar ke Colombo dan memasuki pasukan Gerila anti Jepun OSS 404 dan mendapat latihan di Kem Diolali dan Poona, India. Pasukan ini ditubuhkan untuk menyusup secara gerila dan mengusir pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau kembali ke Tanah Melayu bersama Tentera Bersekutu pada bulan September 1945. Setelah Jepun menyerah kalah dan berundur, beliau berkhidmat dengan pasukan Malay Navy sehingga tahun 1947. Beliau bersara pada 15 Ogos 1958 secara rasminya dengan pangkat Bintara Kanan.  Beliau kembali ke rahmatullah pada 17 Disember 2001 dengan meninggalkan isteri serta enam orang anak. 

 

Mukasurat: 1  2