Encik Ibrahim bin Hassan (Ibrahim Pendek) Encik Ibrahim bin Hassan (Ibrahim Pendek)

 

1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Ibrahim bin Hassan
  Tarikh Lahir : Tahun 1932
  Tempat Lahir : Simpang Empat Jadam, Taiping Perak
  Keluarga : Ibrahim bin Hassan dikurniakan 7 orang cahaya mata
      daripada dua perkahwinan
       
2. Pendidikan : Sekolah Melayu Kota Taiping, Perak
       
3. Kerjaya : Pelakon
       
4. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 25 November 2003
  Tempat Meninggal : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  Sebab - sebab : Penyakit Buah Pinggang dan Paru - Paru Berair
  Tempat dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras
       
5, Maklumat Tambahan    

Mendapat gelaran Ibrahim Pendek kerana dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil dengan ketinggian hanya 130 cm. Allahyarham Ibrahim Pendek berjinak dengan dunia lakonan pada tahun 1953 bermula dengan filem ‘Mangsa’ dan ‘Iman’. Beliau seterusnya berpeluang berlakon bersama dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Latifah Omar di dalam filem ‘Panggilan Pulau’. Kerjaya lakonan beliau terus berkembang dari sebuah filem kesebuah filem antaranya Anaku Sazali, Kipas Hikmat, Pusaka Pontianak, Siti Muslihat, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Si Labu Labi. Allahyarham Ibrahim Pendek mencipta sejarah menjadi pelakon Melayu pertama, berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. Hajat beliau untuk mengembangkan bakat lakonannya di Hollywood tidak kesampaian kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan visa beliau. Beliau pernah dijemput menjadi tokoh pembicara dalam Majlis Pengkisahan Sejarah Tan Sri P. Ramlee pada 26 Mei 1999 di Arkib Negara Malaysia.

Mukasurat: 1  2  3