Feri Pulau Pinang Feri Pulau Pinang

FERI PULAU PINANG

Terminal Feri Pulau Pinang

Tahun Awal Perkhidmatan Feri Pulau Pinang : 1984
Diperkenalkan / Diusahakan Oleh Quah Beng Kee dan saudara
Lokasi Awal :

Jeti Kedah, Pulau Pinang ke Province 
Wellesley Seberang Perai (Tanah Besar)

Perkembangan dan Peristiwa:

Tahun Perkembangan / Peristiwa
1924 Perkhidmatan Feri diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang.
1929 Pertambahan perkhidmatan dua buah feri baharu yang diberi nama “Kulim” dan “Tanjong”.
1938 Pertambahan sebuah feri baharu yang diberi nama “Bagan”
1941 Serangan tentera Jepun yang menyebabkan feri “Kulim” dan “Tanjong” tenggelam di perairan pelabuhan, manakala feri “Bagan” dibawa lari oleh tentera Jepun ke Sumatera.
1946 Feri “Bagan” diperbaiki dan beroperasi semula. (Selepas tamat perang dunia ke dua)
1956 Penubuhan Suruhanjaya Pulau Pinang
1957 Pertambahan perkhidmatan sebuah feri yang mampu membawa penumpang dan kenderaan jenis berat diperkenalkan dan diberi nama feri “Pulau Pinang”.
1959 Pertambahan perkhidmatan empat buah feri yang mampu membawa penumpang dan kenderaan jenis berat dan diberi nama feri “Pulau Aman”, “Pulau Langkawi”, ‘’Pulau Pangkor” dan “Pulau Tioman”
1959 Perasmian dan pembukaan pangkalan feri baharu di Pulau Pinang (pangkalan Raja Tun Uda) dan di Butterworth (pangkalan Sultan Abdul Halim).
1994 Pengkorporatan Suruhanjaya Pulau Pinang kepada Penang Port Sdn. Bhd. 

Mukasurat: 1  2  3