Feri Pulau Pinang Feri Pulau Pinang

 

Keterangan:

 

Sebelum adanya jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri merupakan perkhidmatan terpenting di Pulau Pinang bagi menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar di Butterworth. Pada tahun 1984 perkhidmatan ini diperkenal dan diusahakan oleh Quah Beng Kee bersama saudaranya secara kecil-kecilan. Perkhidmatannya dikendalikan di antara Jeti Kedah, Pulau Pinang dengan beberapa tempat pendaratan di Province Wellesley, Seberang Perai di tanah besar. Selepas pelbagai perkembangan dan peristiwa yang berlaku, perkhidmatan feri masih setia menabur baktinya di perairan Pulau Pinang. Sehingga kini terdapat lapan buah feri yang masih memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya yang bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, malah juga dari kalangan warga luar negara. Lapan buah feri tersebut ialah “Pulau Pinang”, “Pulau Payar”, “Pulau Angsa”, “Pulau Kapas”, “Pulau Rimau”, “Pulau Undan”, “Pulau Rawa”, dan “Pulau Talang-Talang”. Meskipun, pembangunan dan sektor pengangkutan di Pulau Pinang pesat membangun bersama persaingan sengit dengan pembinaan Jambatan Pulau Pinang serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, feri masih mempunyai unsur penarik yang sentiasa menggamit kenangan dan kehadiran pelancong ke Pulau Pinang.

 

Gambar pemandangan feri “Malaya II” berlabuh di pengkalan

.Perdana Menteri, Tunku Abd. Rahman semasa merasmikan Pembukaan Pengkalan Feri di Pulau Pinang pada 23hb September, 1959

Feri “Bagan” di Perairan Pulau Pinang.

Mukasurat: 1  2  3