Cawangan Negeri Johor / N. Sembilan / Melaka Cawangan Negeri Johor / N. Sembilan / Melaka

Sejarah dan Latar Belakang

Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor telah ditubuhkan pada 1 Mei 1967. Pada awalnya ia dikenali sebagai Pejabat Arkib Negeri Johor. Sebaik sahaja ditubuhkan jabatan ini ditempatkan di Bangunan Sultan Ibrahim Bukit Timbalan Johor Bahru, Johor. Ia merupakan pejabat Cawangan Arkib Negara yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada 1 Mei 1972 pejabat dikenali sebagai Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan. Pada 1 Januari 1988 namanya telah ditukar menjadi Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/Melaka. Mulai 15 Julai 2004 jabatan ini sekali lagi bertukar nama dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor. Berkuatkuasa pada 1 Februari 2009 Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor dikenali pula dengan nama Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/ Negeri Sembilan / Melaka. Ini bermakna pejabat Cawangan ini mentadbir tiga buah negeri di selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/ Negeri Sembilan / Melaka kini menduduki pejabat di bangunan Wisma Persekutuan Jalan Ayer Molek Johor Bahru sejak 14 Mei 1979. Jabatan ini turut  mempunyai sebuah pejabat Cawangannya di negeri Melaka yang terletak di bangunan Yayasan Belia Sedunia Ayer Keroh Melaka.


1.      VISI

  • Melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara.

2.      MISI

  • Menyimpan dan memelihara khazanah warisan yang bernilai sejarah dan    berkepentingan negara.
  • Memasyarakatkan arkib dan warisan negara.
  • Menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Sumber Maklumat dan Penyelidikan Negara (PSPN).

3.      OBJEKTIF

  • Mengumpul, menyimpan dan memelihara semua rekod dan bahan-bahan arkib dari seluruh negeri Johor/Negeri Sembilan/Melaka yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan serta menyediakan kemudahan penyelidikan dan rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan orang awam.
  • Membantu kerajaan mewujudkan satu sistem pengurusan rekod yang sistematik, efektif dan ekonomik khususnya di kalangan pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Johor/Negeri Sembilan/Melaka

Mukasurat: 1  2