Keganasan Komunis

Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Tanah Melayu dalam bulan April 1930. Semasa kedatangan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun dengan menubuhkan MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Bintang Tiga. Ketika inilah beberapa siri keganasan, rusuhan dan kekejaman oleh komunis Bintang Tiga telah berlaku. Apabila British kembali dengan pentadbiran tenteranya (BMA), British telah berjaya menggagalkan rancangan komunis Bintang Tiga untuk merampas Tanah Melayu dan tentera MPAJA telah dibubarkan.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada 1 Februari 1948, PKM yang masih aktif telah menukar strategi mereka dengan mula mencetuskan keganasan. Peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, maka pada 12 Julai 1948, darurat telah diisytiharkan ke seluruh negara. PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Tempoh darurat ini telah berpanjangan sehingga tahun 1960. Sepanjang tempoh tersebut, banyak .

Banyak lagi bahan arkib mengenai darurat dan keganasan komunis yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, orang ramai dijemput datang ke Arkib Negara Malaysia.
Image