Kelab Sultan Sulaiman: Kelab Melayu Pertama Kelab Sultan Sulaiman: Kelab Melayu Pertama

KELAB SULTAN SULAIMAN: KELAB MELAYU PERTAMA

 

 

Kelab Sultan Sulaiman

Tahun Awal Penubuhan                :           1909

Lokasi                                                :           Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tarikh Perasmian                           :           8 Disember 2007

Dirasmikan Oleh                             :           DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah

 

Perkembangan dan Peristiwa    :

 

Tahun

Perkembangan/ Peristiwa

1899

Pembinaan Pondok sebagai tempat perjumpaan penduduk dan rumah tumpangan.

1901

Pendaftaran aktiviti sebagai sebuah kelab

1909

Penubuhan bangunan Kelab Sultan Sulaiman diatas tanah yang diwakafkan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Alaedin Sulaiman Shah hasil sumbangan kerajaan Inggeris sebanyak $500, kutipan derma dari orang ramai dan melalui pertunjukan-pertunjukan kebudayaan.

1946

Berlangsungnya Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama yang membawa ilham kepada penubuhan UMNO.

 

Keterangan :          

Kelab Sultan Sulaiman terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1909.  Kelab ini merupakan kelab orang Melayu pertama dan tertua di negara ini. Pada tahun 1967, kelab ini dikenali dengan nama Sultan Sulaiman Club sempena mengambil nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada masa itu iaitu Sultan Alaidin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa kerana sumbangan baginda mewakafkan sebidang tanah untuk didirikan Bangunan Kelab Sultan Sulaiman.  Pembinaan kelab ini turut mendapat sumbangan daripada Kerajaan Inggeris sebanyak $500.00, kutipan derma orang ramai dan melalui pertunjukan-pertunjukan kebudayaan yang sering diadakan untuk menambahkan tabung kewangan Kelab.  Pada tahun 1967, nama Sultan Sulaiman Club ini ditukar kepada Kelab Sultan Sulaiman. 

Mukasurat: 1  2  3