Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan

1.      SEJARAH RINGKAS

  • Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan telah ditubuhkan bagi menguruskan kerja-kerja kearkiban di peringkat negeri Kelantan sebagai ‘Miniature Archives’. Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan bermula dengan penubuhan Arkib Negara Malaysia Zon Timur yang meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 14 April 1978.
  • Pada 1 Februari 1987, ditubuhkan sebagai Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Kelantan dan pada Januari 1988 dinaikan taraf sebagai Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri. Seterusnya pada tahun 2015, penjenamaan semula dibuat dan ditukarkan nama kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan.
  • Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan mula beroperasi di Bangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Mulai Feb 1987 beroperasi di Bangunan Persekutuan, Jalan Doktor, Kota Bharu sehingga kini. Bagi memastikan ruangan mencukupi untuk simpanan bahan arkib (repository), Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan menyewa ruang tambahan di Bangunan KWSP mulai tahun 1994.

 

2.      OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecekapan dan kesedaran penjawat awam mengenai Pengurusan Rekod melalui penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] bagi memastikan rekod diurus secara sistematik dan kos efektif mengikut standard yang telah ditetapkan.
  • Memperolehi bahan arkib yang bernilai kekal disimpan dan dipelihara mengikut prinsip dan standard yang ditetapkan sebagai bahan rujukan dan warisan negara.
  • Memasyarakatkan bahan arkib melalui program-program advokasi bagi mempertingkatkan penghayatan sejarah negara kea rah pembentukan jatidiri warga Malaysia.

 

3.      FUNGSI

  • Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan/Badan Berkanun di seluruh negeri Kelantan mengenai pengurusan rekod yang sistematik dan berkesan.
  • Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada Jabatan-jabatan Kerajaan/Badan Berkanun di seluruh negeri Kelantan dan orang ramai.
  • Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanah air.
  • 3.5 Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah di kalangan orang ramai.

 

4.      WAKTU OPERASI

Ahad - Rabu : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
    2.00 petang - 4.30 petang
     
Khamis : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
    2.00 petang - 3.30 petang

 

5.      ALAMAT PEJABAT

 

Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan

Blok A, Aras 3, Bangunan Persekutuan,

Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7442899

Faks: 09-7474928

Emel: kelantan@arkib.gov.my