Kota Long Jaafar, Perak Kota Long Jaafar, Perak

Walaupun kini kedua-dua tokoh tersebut Long Jaafar dan Ngah Ibrahim telah lama pergi, namun keduanya telah mengukir sejarah bangsa yang gemilang dengan kejayaan mereka membuka dan memajukan perusahaan perlombongan bijih timah di Negeri Perak amnya dan di daerah Larut khususnya.  Nama Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim tetap abadi dalam sejarah negara sebagai anak Melayu yang membangunkan perusahaan bijih timah sehingga mencelikkan masyarakat pendatang termasuk pihak Inggeris untuk turut menceburkan diri dalam perusahaan ini.

 

   
Mukasurat: 1  2