Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)

 PENGENALAN
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VIII, 8.2 (d). Para peserta akan didedahkan dengan prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan keperluan-keperluan dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

OBJEKTIF
Selepas mengikut kursus ini para peserta akan dapat:

  1. Mengenal  pasti  konsep  dan  perundangan  pengurusan  rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629);
  2. Melaksanakan  urusan  sistem  fail  dengan  sistematik  mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia; dan
  3. Mengaplikasi  proses  pengurusan  rekod  dengan  betul  mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

 

KAEDAH KURSUS

Ceramah, perbincangan dan latih amal.

PESERTA
Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VIII, 8.2 (d) atau pegawai yang setaraf dengannya yang menjalankan tugas dalam pengurusan rekod di Jabatan iaitu bagi lantikan Gred 29 dan ke atas atau setaraf.

TARIKH KURSUS

Bil Tarikh Tempat Kursus
1/2019 26 - 28 Februari 2019 Bilik Latihan PPPAV, Arkib Negara Malaysia
2/2019 9 - 11 April 2019 Bilik Latihan PPPAV, Arkib Negara Malaysia
3/2019 23 - 25 Julai 2019 Bilik Latihan PPPAV, Arkib Negara Malaysia
4/2019 24 - 26 September 2019 Bilik Latihan PPPAV, Arkib Negara Malaysia

 

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKL 1 yang boleh dimuat turun daripada portal Arkib Negara Malaysia www.arkib.gov.my dan dihantar ke alamat seperti di bawah atau emel ke  skl@arkib.gov.my  atau faks 03-62014359:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Satu (1) bulan sebelum tarikh kursus dilaksanakan.

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada Seksyen Konsultansi dan Latihan di talian 03-62090600 samb. 806, emel ke skl@arkib.gov.my atau lawati portal kami di  www.arkib.gov.my


Nota    : Segala Ketetapan Tertakluk Kepada Pindaan.

            : Pemohon yang tidak dihubungi oleh Urus Setia dalam 2 minggu sebelum kursus tersebut dijadualkan sama ada secara Telefon / Emel / Faks adalah dianggap  TIDAK BERJAYA DIPILIH

 


Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Jalan Tuanku Abdul Halim
50568 KUALA LUMPUR