Bengkel Pemuliharaan Rekod Bengkel Pemuliharaan Rekod

 « Kembali

BENGKEL PEMELIHARAAN REKOD

Pengenalan
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada penjawat awam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod di Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan termasuk perusahaan kerajaan bagi mengekalkan rekod sebagai bahan bukti dan memori institusi. Para peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan dengan perlunya pemeliharaan rekod di Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan, serta konsep dan kaedah pemuliharaan rekod.

OBJEKTIF KURSUS
Selepas mengikuti kursus ini para peserta akan dapat:
1. Memahami pemeliharaan rekod adalah bermula di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan
2. Mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan rekod
3. Memelihara dan memulihara rekod-rekod di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan sekurang-kurangnya secara minima selaras dengan Bhg. 8 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/07

PROGRAM KURSUS
Modul 1 : Pemeliharaan Rekod
1. Kaedah penyimpanan rekod
2. Musuh-musuh rekod
3. Cara-cara mengendalikan rekod dengan betul
4. Tanggungjawab penjawat awam dalam pemeliharaan rekod

Modul 2 : Konsep Pemuliharaan
1. Mengenalpasti kerosakan
2. Kaedah pembersihan rekod
3. Pengwasapan
4. Bahan dan peralatan pemuliharaan

Modul 3: Pengawetan Rekod (Amali)
1. Penyediaan bahan kerja dan peralatan
2. Kenalpasti kerosakan/kehilangan
3. Penomboran
4. Penetapan kaedah pembaikan
5 .Pembersihan
6. Ceraian
7. Pengenyahan asid
8. Pembaikan tisu dan tradisional
9. Memampat, menyusun dan merepang

Mukasurat: 1  2