Kursus Pengurusan Rekod untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Kursus Pengurusan Rekod untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)

 « Kembali

Pengenalan
Kursus bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian 8.2 (d) dan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Para peserta akan didedahkan dengan prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan keperluan-keperluan dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan cekap.

Objektif
Selepas mengikuti kursus ini para peserta akan dapat:

  1. Memahami prinsip dan konsep pengurusan rekod kerajaan.
  2. Meningkatkan pengetahuan tentang perundangan dan piawaian dalam  pengurusan rekod kerajaan.
  3. Meningkatkan kemahiran dalam mengurus rekod kerajaan.
  4. Memahami kepentingan pengurusan rekod secara efisyen untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

Program Kursus
Sila rujuk program dilampiran 1

Kaedah Kursus
Ceramah,  perbincangan dan latih amal

Peserta
Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007, Bahagian 8.2 – Panduan Pengurusan Pejabat atau pegawai yang setaraf dengannya menjalankan tugas dalam pengurusan rekod di Jabatan.

Tempat Kursus

Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia

Bilik Kuliah
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Memorial Tun Hussein Onn
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

*Bagi kursus di Cawangan Negeri tempat  akan dimaklumkan dalam surat tawaran
(tempat penginapan tidak disediakan oleh Urusetia sepanjang tempoh kursus)

Mukasurat: 1  2  3