Latihan Latihan

PENGENALAN
Arkib Negara Malaysia menawarkan pelbagai kursus dalam bidang pengurusan rekod yang    meliputi perkara-perkara mengenai prinsip, konsep dan peraturan dalam pengurusan rekod     kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta     pelupusan rekod. Kursus yang ditawarkan ini terbuka kepada semua penjawat awam.

Bagi memastikan pengurusan rekod di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan   senantiasa berada pada tahap terbaik dan efisien, Arkib Negara Malaysia bersedia membantu    Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dalam menyediakan keperluan latihan dalam bidang    pengurusan rekod khas kepada pegawai dan kakitangan melalui kursus-kursus yang ditawarkan    seperti berikut:

  1. Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)
  2. Kursus Asas Pengurusan Rekod
  3. Bengkel Pemuliharaan Rekod
  4. Bengkel Pemulihan Rekod Selepas Bencana
  5. Bengkel Pelan Tindakan Bencana
  6. Kursus Asas Sejarah Lisan
  7. Kursus / Ceramah / Taklimat Pengurusan Rekod anjuran Kementerian / Jabatan / Agensi

Selain dari kursus di atas, Arkib Negara Malaysia juga turut mengendalikan Program Teknikal   Kerjasama Malaysia.

KAEDAH KURSUS / CERAMAH / TAKLIMAT
Ceramah, perbincangan, pembentangan kajian kes dan latih amal.

TEMPOH KURSUS / CERAMAH / TAKLIMAT
Kursus    : 1 - 3 hari
Ceramah / Taklimat    : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur

CARA MEMOHON
Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat hendaklah membuat permohonan kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus / ceramah / taklimat dilaksanakan. Permohonan hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah:

                  Ketua Pengarah
                 Arkib Negara Malaysia
                 Seksyen Konsultansi dan Latihan
                 Jalan Tunku Abdul Halim
                 50568 Kuala Lumpur


Atau fakskan ke 03-62014359.

Sebarang perbincangan boleh berhubung melalui talian 03-62090600 samb. 806 atau emel skl@arkib.gov.my


Disediakan oleh :
Unit Latihan Rekod
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia

10 Januari 2017

 

Mukasurat: 1  2