Lawati Kami Lawati Kami

Terdapat beberapa pilihan perjalanan ke Arkib Negara Malaysia sebaik sahaja anda berada di Kuala Lumpur.

Kenderaan Persendirian
Jika anda memandu kereta anda sendiri, terdapat beberapa cara di mana anda boleh memandu diri anda ke Arkib Negara. Sama ada anda datang dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) atau dari Kuala Lumpur, pastikan anda  menghala ke arah Jalan Duta. Jika anda datang dari NKVE, anda akan melalui Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebelah kiri anda. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ambil belok ke kanan selepas anda melihat Stadium Tenis di sebelah kiri anda. Untuk maklumat lanjut mengenai arahan memandu ke Arkib Negara, sila rujuk kepada peta yang diberikan di sini.

Bas
Jika anda menggunakan perkhidmatan bas, pastikan anda turun di Hentian Duta.

Teksi
Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi, berikut adalah senarai teksi yang biasa ditemui di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur:

Super Cab:
603 2095 3399

Sunlight Radio Taxi:
603 9057 5757
603 9057 1111

Uptown Ace Supercab:
603 9283 2333

Sistem Pengangkutan Rel Ringan (LRT)
Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan LRT ataupun sistem kereta api ke Arkib Negara, anda dinasihatkan bahawa tiada hentian di kawasan berhampiran Arkib ini sendiri. Anda boleh mengambil LRT hingga ke Titiwangsa, Sentul atau stesen PWTC dan dari situ, mengambil teksi ke Arkib Negara.