Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 20hb Julai 1967 selaras dengan peruntukan Akta Arkib Negara No.44/1966 yang pada masa itu dikenali sebagai undang-undang Arkib Negara 1966 yang bertanggungjawab " Untuk menasihatkan Pengarah dalam menyelenggarakan tugas-tugasnya di bawah undang-undang ini, satu Lembaga Penasihat mengandungi Pengarah itu sebagai Pengerusi dan lima orang ahli lain hendaklah dilantik oleh Menteri ". Seramai lima orang ahli telah dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa tersebut, selaku Menteri berkenaan untuk tempoh selama tiga (3) tahun.

Mesyuarat pertama (1) Lembaga Penasihat Arkib Negara telah diadakan pada 15hb Julai 1968 dan diPengerusikan oleh Encik Alwi Jantan yang merupakan Pengarah Arkib Negara Malaysia pada masa tersebut.

Pada Ogos 2003, Akta Arkib Negara telah dipinda dan Parlimen telah meluluskan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) yang mana fungsi Arkib Negara Malaysia telah diperluaskan oleh Akta 629 ini.

FUNGSI LEMBAGA PENASIHAT 

Mengikut Bahagian III, seksyen 11 Akta Arkib Negara 2003, Arkib Negara Malaysia dikehendaki menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat bertujuan untuk :-

  1. menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Ketua Pengarah kepadanya dari semasa ke semasa; dan
  2. menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Mengikut sekyen 14 Akta Arkib Negara 2003, Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia ini hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:-

  1. Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;
  2. Ketua Pengarah; dan
  3. Tidak kurang daripada tiga (3) orang tetapi tidak lebih daripada sepuluh (10) orang anggota, yang dilantik oleh Menteri.

Mengikut seksyen 16 Akta Arkib Negara 2003, tempoh perlantikan bagi setiap ahli kecuali Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia adalah tidak melebihi 3 tahun.  Selepas tamat tempoh itu, keahlian baru perlu dilantik.  Ahli lama boleh dilantik semula sekiranya perkhidmatan masih diperlukan.

Mengikut seksyen 19 Akta Arkib Negara 2003, jika seseorang anggota selain Ketua Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain bagi mengisi kekosongan itu, selama baki tempoh yang mana anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.

SENARAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT ARKIB NEGARA MALAYSIA

  1. YBhg. Datuk Haji Tiyunin bin Haji Jeman (PGDK,BK) (Pengerusi)
  2. YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
  3. YBrs. En. Azemi bin Abdul Aziz
  4. YBhg. Tan Sri Ab. Kadir bin Mohamad
  5. YBhg. Dato' Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
  6. YBhg. Dato' Dr. Mazlan Yusuf
  7. YBhg. Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali
  8. YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Sazili bin Shahibi
  9. YBrs. Puan Hajah Ramlah Muhamad
  10. YBrs. Puan Zoreda binti Abdul Hamid