M.H.Ali Bin H.A.Latiff (Bat Latiff) M.H.Ali Bin H.A.Latiff (Bat Latiff)

Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Semasa Era Filem Tan Sri P. Ramlee

   M.H. Ali bin H.A. Latiff atau lebih dikenali sebagai Bat Latiff, dilahirkan pada 10 Jun 1951 di Changi, Singapura. Beliau dibesarkan di Singapura dan telah menamatkan pengajian sekolah rendah serta sekolah menengah hingga tamat GEO Level dan Senior Cambridge. Bakatnya di dalam bidang lakonan adalah bakat semulajadi yang diwarisi daripada ibunya dan juga saudaranya yang juga pelakon terkenal iaitu Sa'adiah.

  Bat Latiff mula berlakon pada tahun 1959 dan beliau juga melibatkan diri di pementasan-pementasan dalam tahun 1960-1961 di Singapura. Antara filem yang dibintanginya adalah Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Lela Manja (1960), Nujum Pa' Belalang (1960), Singapura Dilanggar Todak (1961), Sri Tanjong (1961), Si Tanggang (1962), Gerhana (1962) dan Mambang Moden (1963).

  Bat Latiff pernah berlakon di dalam dua filem arahan P.Ramlee iaitu Nujum Pa' Belalang dan Musang Berjanggut (peranan kecil). Sebelum itu, beliau telah pun berlakon dalam filem Lela Manja arahan Jamil Sulong. Beliau juga pernah berlakon di bawah arahan Omar Rojik, Dhiresh Ghosh, Nordin Ahmad dan M. Amin.

Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Semasa Era Filem Tan Sri P. Ramlee
13 Jun 2000