Masjid Abidin, Terengganu Masjid Abidin, Terengganu

     
 
     
     

         Masjid Abidin merupakan salah satu masjid tertua di Terengganu. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Dahulunya dikenali sebagai Masjid Besar atau Masjid Puteh. Pada asalnya bangunan masjid ini merupakan sebuah istana kayu yang didirikan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II.  Bangunan Masjid diperbesarkan pada tahun 1319H (1901M) semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Binaan bangunan kayu masjid diganti dengan batu ketika pemerintahan Almarhum Baginda Sultan Umar.  Pada tahun 1972,  bangunan masjid ini sekali lagi diperbaharui dengan satu menara induk dibina menyerupai menara Masjid Negara.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)