Masjid Al-Ghufran, Manjoi, Perak Masjid Al-Ghufran, Manjoi, Perak

                 
                     Masjid Ghufran terletak di Kampung Manjoi, dekat Ipoh, Perak. Masjid ini dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1968. Dinamakan Masjid Ghufran atau Pengampunan oleh seorang ulama. Pada 16 Ogos 1974, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa, menyempurnakan peletakan batu asas pembinaan bangunan baru masjid berkenaan bagi menampung pertambahan jumlah penduduk. Bangunan baru Masjid Ghufran dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Allahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah pada hari Jumaat 24 Rabiulawal 1398 bersamaan 3 Mac 1978  

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)