Masjid Al-Muhammadi, Kota Bharu,Kelantan Masjid Al-Muhammadi, Kota Bharu,Kelantan

                 
                 Masjid Al-Muhammadi terletak di Jalan Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Masjid ini dikenali sebagai ‘masjid negeri' atau ‘masjid batu'. Bangunan asal masjid berkenaan dibina oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 1921. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja sebanyak RM360,000.00 dan pembinaannya dibiayai tabung zakat. Upacara perletakan batu asasnya disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail pada 21 Ogos 1922. Dinamakan Al-Muhammadi bersempena dengan nama Sultan Muhammad, Sultan kelantan Keempat. Masjid yang terkenal sebagai pusat penyebaran agama Islam di Kelantan ini dibuka secara rasmi pada 31 Julai 1931.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)