Masjid Jamiah,Pantai Morib Masjid Jamiah,Pantai Morib

  Masjid Jama'iah Pantai Morib, Selangor dibina di atas tanah yang diwakaf oleh Tengku Ampuan Jama'ah Selangor. Bersempena daripada khairat wakaf Tengku Ampuan Jama'ah, masjid ini dinamakan ‘Masjid Jama'iah'. Keistimewaan masjid ini ialah binaan tempat khas bagi kaum wanita dan kedudukannya yang menghadap laut Selat Melaka. Kerja-kerja pembinaan masjid yang bernilai RM80,0000.00 ini dilaksanakan secara kerjasama di antara YM Syed Abdullah bin Syed Omar, Pegawai Daerah Kuala Langat dan YM Raja Ismail bin Raja Abas.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)