Masjid Kampung Hulu, Melaka Masjid Kampung Hulu, Melaka

                 
       Masjid Kampung Hulu terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di tengah bandar Melaka. Masjid tertua di negeri Melaka ini dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728 ketika penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Seorang pendatang dari China yang memeluk Islam, Datuk Samsuddin Arom, ditugaskan pemerintah Belanda membina masjid ini. Binaan asal masjid ini diubahsuai oleh Wazir Al-Sheikh Omar  Hussain Al-Attas. Seni reka masjid yang menampakkan ciri masjid dari tanah Jawa ini mempunyai bumbung berlapis tiga dengan bentuk seakan piramid.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)