Masjid Kampung Laut, Kelantan Masjid Kampung Laut, Kelantan

                 
                  Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun Ke-18. Masjid ini mempunyai persamaan dari segi bumbung perabung lima dengan Masjid Demak di Jawa, Masjid Kono di Champa, Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussein di Thailand.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)