Masjid Lebuh Acheh, Pulau Pinang Masjid Lebuh Acheh, Pulau Pinang

     
     
     
     

      

Masjid Melayu Lebuh Acheh dianggap sebagai masjid tertua di Pulau Pinang.  Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula pada tahun 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid, seorang kerabat diraja Acheh, Sumatera membuka sebuah perkampungan masyarakat Islam seluas 66,000 kaki persegi di Lebuh Acheh, George Town. Masjid ini dibina pada tahun 1808 masihi dengan senibinanya dipengaruhi oleh unsur senibina Moorish, Cina dan Klasikal. Bumbungnya berbentuk rumah perabung lima, dengan sebuah menara yang berbentuk seakan pagoda Cina.

 

 

 

 

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)