Masjid Negeri Perlis Masjid Negeri Perlis

     
     
 
     
     

      

Masjid Negeri Perlis terletak di bandar Arau, Perlis. Perletakan batu asasnya disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 2 Safar 1392 Hijrah bersamaan 18 Mac 1972 bersempena dengan hari keputeraan baginda Ke-54.  Masjid ini mempunyai sebuah kubah induk yang terletak pada ketinggian 20 meter dari paras lantai dan dua buah kubah yang kecil  terletak di bahagian anjung mengadap ke timur dan selatan.  Pembukaan rasmi masjid ini  disempurnakan pada hari Jumaat, 6 Safar 1932 Hijrah bersamaan 6 Februari 1976 oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

 

 

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)