Masjid Negeri Sembilan Masjid Negeri Sembilan

  Masjid Negeri, Negeri Sembilan dibina di kawasan atas bukit seluas lima ekar berhampiran dengan Dewan Undangan Negeri. Kerja-kerja awal pembinaan dimulakan dengan istiadat menentukan arah kiblat yang dilaksanakan oleh Menteri Besar, YAB Tan Sri Dr. Mohamed Said pada 25 Mac 1966. Asas rekaan masjid berdasarkan satu bentuk yang berpecah sembilan. Bumbung masjid dibina daripada konkrit bertulang yang dibentuk daripada 9 corong runcing yang apabila dicantumkan akan menjadi sebuah payung yang mempunyai ukuran rentangan 100 kali dari kiri ke kanan. Pembukaannya disempurnakan oleh DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat, 24 November 1967.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)