Masjid Pulau Pinang Masjid Pulau Pinang

     
     
     
     

      

Masjid Negeri Pulau Pinang dibina di atas tanah seluas 11 ekar dipersimpangan Jalan Air Itam dan Jalan Masjid Negeri. Pembinaannya diilhamkan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Upacara pecah tanah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir pada 12 Januari 1976. Rekabentuk masjid ini disediakan oleh Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang. Masjid ini mempunyai menara setinggi 170 kaki melambangkan prinsip-prinsip atau Rukun Islam menerusi lima tiang yang melangit.  Perasmian masjid ini disempurnakan pada 29 Ogos 1980 bersamaan, 18 Syawal 1400M oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musata'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar .

 

 

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)