Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Terengganu Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Terengganu

                 
                  Masjid Sultan Ahmad, Chukai, terletak di Kemaman, Terengganu. Masjid ini mempunyai sebuah kubah besar dan dua buah kubah sederhana yang dikelilingi sepuluh kubah kecil. Upacara perletakan batu asas masjid ini dilakukan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin pada 6 Ogos 1972. Perasmian pembukaan masjid Sultan Ahmad disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasairuddin Shah Pada 25 Ogos 1975 bersamaan 21 Syaaban 1395 Hijrah.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)