Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM, Gombak Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM, Gombak

                 
                    Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terletak di Gombak, Selangor. Masjid ini berkeupayaan menampung seramai 9,000 jemaah, mula dibina pada Februari 1995 dan siap pada 12 Oktober 1995. Masjid yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM19.4 juta ini mempaparkan falsafah seni bina Islam yang menampakkan unsur Arab. Dinamakan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai menghargai dan mengenang Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM. Baginda berkenan menyempurnakan perasmian pembukaan masjid ini pada 9 Oktober 2000.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)