Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

                 
                    Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak di Shah Alam adalah Masjid Negeri Selangor. Kerja pembinaan masjid yang terletak di atas tapak seluas 35 ekar bermula pada 1 Oktober 1983. Masjid yang dikenali sebagai ‘masjid biru' dikalangan pelancong ini mempunyai kombinasi seni reka bina tradisional Islam, Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri pembinaan Melayu. Keunikan masjid ini ialah pada kubah besarnya yang mempunyai ukuran garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi dengan disokong oleh lapan tiang berbentuk empat segi. Masjid ini mula digunakan pada hari Khamis, 3 Disember 1987 untuk solat Jumaat. Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 Hijrah.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)