Masjid Sultan Sulaiman, Klang Masjid Sultan Sulaiman, Klang

     
     
     
     

      

Masjid Sultan Sulaiman terletak di Bandar diRaja Klang, Selangor. Masjid ini dibina bersempena dengan pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Senibina masjid yang bercirikan senibina Monghul ini ialah hasil rekaan L. Keste Ven. Masjid Sultan Sulaiman mempunyai sebuah menara induk dan empat buah kubah pada setiap anjung dengan  bangunan induknya berbentuk lapan segi. Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Sultan Selangor Kelima, Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 11 September 1932.

 

 

 

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)