Masjid Tengkera, Melaka Masjid Tengkera, Melaka

     
 
     
 
     
     

      

Masjid Tengkera, Melaka dibina pada tahun 1141 Hijrah, bersamaan dengan 1728 Masihi. Bangunannya berbentuk segi empat tepat dan mempunyai bumbung tiga tangkup.  Asas tertegaknya Masjid ini ialah empat batang tiang utama yang menjadi tunggak bumbung masjid dan kubahnya. Senibina masjid ini terdapat percampuran unsur seni bina dan kebudayaan luar dengan tempatan.  Ini dapat dilihat pada bumbung masjid yang menyerupai bentuk bumbung rumah limas, Istana Sultan Mansur, bentuk Pagoda dan bentuk Piramid.

 

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)