Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun Terengganu Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun Terengganu

                 
                   Masjid Tengku Intan Zaharah terletak di Kampung Molek dekat Dungun, Terengganu. Masjid ini dibina pada 1964 dan dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada tahun 1965. Pada 1990, sebuah bangunan masjid baru dibina dengan kos sebanyak RM2 juta di tapak sedia ada bagi menampung pertambahan jemaah yang kian meningkat. Masjid ini dilengkapi dengan dewan, perpustakaan dan pejabat.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)