Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan

                 
                   Masjid Wilayah Persekutuan terletak di atas tapak seluas 13.4 hektar di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pembinaannya dimulakan pada 15 Mac 1996 dan siap pada 25 Oktober 2000. Masjid ini berkeluasan kira-kira 47,000 meter persegi dan berkeupayaan menampung seramai 17,000 jemaah pada satu-satu masa. Reka bentuk seni binanya adalah gabungan reka bentuk tradisi dari Malaysia dan Asia Barat. Pembukaan rasmi masjid ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 18 Februari 2005 bersamaan dengan 9 Muharam 1426.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)