Masjid Zahir, Alor Star Masjid Zahir, Alor Star

     
     
     
     

      

Masjid Zahir terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Star, Kedah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (1912M). Pembinaan masjid ini atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Reka bentuk bangunan masjid Zahir mengambil ilham Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.  Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Perasmian masjid ini disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915.

 

 

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)