Menjejaki 31 Ogos 1957
Gelombang Pertama
1906
Kebangkitan nasionalisme dimulakan oleh anak-anak muda lepasan pengajian tinggi Timur Tengah. Tokoh- tokohnya Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Azahari Al-Falaki, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Muhammad ibn Salim Al-Kalali, Sheik Muhammad bin Akil, Sheikh Awad bin Saidin dan Haji Abas bin Taha.
23 Jul 1906
Majalah Al-Imam diterbitkan dan menjadi wadah bagi tokoh-tokoh ini menyuarakan tentangan terhadap British. Mereka membawa konsep ajaran Muhammad Abduh dari Mesir. British pula menggunakan ulama- ulama dan tokoh-tokoh agama di Tanah Melayu untuk menentang golongan ini atas alasan berlawanan dengan ajaran Islam.
Mereka tidak dibenarkan oleh tokoh-tokoh agama dan pembesar-pembesar negeri Melayu masuk ke Tanah Melayu di mana pusat kegiatan mereka ketika itu ialah di Singapura dan Pulau Pinang. Atas tekanan-tekanan tersebut, British berjaya melemahkan perjuangan mereka menjelang tahun 1920. Sekalipun akhbar-akhbar Neracha, Warta Malaya, saudara dan Al-Ikhwan terus diterbitkan tetapi suara golongan ini sudah mula mengendur.
1922
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim di Perak telah ditubuhkan bagi mendidik guru- guru Melayu. Ini adalah salah satu pusat pengajian untuk anak Melayu selain dari Kolej Melayu Kuala Kangsar yang dikhaskan untuk anak kerabat diraja dan pembesar-pembesar Melayu.
Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.